Nur Qaseh masih belum ditemui

2 May 2026 • 11:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nordina Zulkarnain, 34, tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) anak perempuannya berusia sembilan tahun, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Mahkota Cheras semalam.

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini semalam, ditangguhkan pada 7.30 malam tadi dan akan disambung 8 pagi esok.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata 22 anggota penyelamat termasuk tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air terlibat dalam operasi hari ini.

Beliau berkata, operasi pencarian melibatkan kawasan dalam radius kira-kira lima kilometer.

"Setakat 7.30 malam tadi mangsa masih belum ditemukan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Media semalam melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum,  dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil bola yang terjatuh, sebelum dihanyutkan arus deras.

Bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 7.08 malam. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved