NuraTrue Pro Ialah TWS Pertama Menyokong aptX Lossless Audio Berkualiti CD

TechnologyDigital
30 Jun 2022 • 6:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Qualcomm mengumumkan codec baharu aptX Lossless tahun lalu di bawah penjenamaan Snapdragon Sound. Menerusi aptx Lossless, Qualcomm berkata audio berkualiti cakera pada (CD) akan akhirnya dapat distrim secara nirwayar menggunakan bluetooth. Selepas lebih setahun diumumkan, TWS pertama yang menyokong codec ini baru sahaja diumumkan.

image is not available

NuraTrue Pro ialah sepasang TWS yang baru dilancarkan dengan aptX Lossless yang menawarkan kadar bit sehingga 1.2 Mbps yang adalah lebih tinggi berbanding LDAC pada kadar bit 999 Kbps. Selain itu ia turut menyokong audio spatial, pembatalan hingar adaptif dan sambungan kepada dua perantis serentak. Putik audio akan dilengkapi pemandu audio sebesar 10mm dan empat mikrofon untuk menyokong sistem pembatalan hingar.

Sambungan kepada peranti menerusi bluetooth 5.3 juga disokong. Dengan sekali caj fon telinga boleh beroperasi sehingga 32 jam dengan bantuan pod pengecas. Pengecasan semula boleh dilakukan secara berwayar atau nirwayar.

image is not available

Fon telinga ini memang menarik tetapi malangnya peranti pintar yang menyokong aptX Lossless masih lagi belum dilancarkan. Ini mungkin hanya akan disokong pada cip Qualcomm yang akan dilancarkan pada bulan November kelak. Oleh sebab itu NuraTrue Pro akan hanya mula dipasarkan bermula Q4 2022 dengan ia mengumpul dana menerusi laman Kickstarter. Jika anda berminat NuraTrue Pro boleh ditempah pada harga $219 (~RM965) sepasang.