
Kota Kinabalu: Nurul Alyssa Junaidi merangkul gelaran Master Kejohanan Boling Tertutup Sabah selepas menewaskan Emmanuel Fo Yung Khee 213-190 di final yang diadakan di KK Galaxy Bowl, Centre Point pada Ahad lalu.
Dia membawa pulang hadiah tunai RM6,000, sementara Emmanuel menerima RM4,000 dan RM1,500 dimenangi oleh Sushanor Sihanor yang sebelum itu tewas di semi final step ladder kepada Emmanuel.
Seramai 103 pemain mengambil bahagian dalam kejohanan selama sebulan itu yang dianjurkan oleh Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah (Baru).
Pemenang dalam semua kategori ialah Nurul Alyssa Junaidi (Divisyen Satu), Emmanuel Fo Yung Khee (Divisyen Dua), Dieny Justin (Divisyen Tiga), Dennis Lai Teck Leong (Divisyen Empat), Aaron Liew (Divisyen Lima), Nur Aleeya Syakirah (Divisyen Belia), sementara pemenang roll-off khas ialah Aaron Liew (Graded), Sulaiman Abdul Razak (Spinners Classic), Emmanuel Fo (Belia Bawah-18) dan Muhammad Zaki Abdul Rahman (Belia Bawah-12).
Hadiah-hadiah disampaikan kepada pemenang oleh pegawai pembangunan sukan Majlis Sukan Sabah, Amirul Sofie diiringi oleh Presiden Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah, Rozzainny Sham Talip dan naib presiden Aisyah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

