Nurul Izzah dilantik penasihat strategik SIDEC, bawa wawasan bernilai dasar awam

LocalTechnology
4 Jul 2025 • 2:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat strategik Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

Menurut laporan Malaysia Kini, perlantikan Izzah yang juga merupakan pengerusi eksekutif Polity (badan pemikir baru ditubuhkan) itu bertujuan membawa wawasan bernilai dalam dasar awam, pembangunan sosioekonomi, dan pemerkasaan digital.

Selain Nurul Izzah, bekas naib presiden NVIDIA Corp dan Foxconn Lai Yit Loong dan Pengarah Foxconn Chiang Shang-Yi turut dilantik untuk kedudukan yang sama.

Nurul Izzah dilantik

image is not available

image is not available

“Kesemua lantikan dibuat menandakan pencapaian penting dalam memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab inovasi serantau dan mempercepatkan ekosistem semikonduktor di Malaysia.

“Pelantikan ini juga merupakan mercu tanda strategik dalam mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai pusat inovasi serantau,” kata Sidec dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Sidec agensi milik kerajaan Selangor

image is not available

Sidec telah mengadakan sambutan 10 tahunnya malam tadi yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Untuk makluman, Sidec merupakan agensi milik Kerajaan Selangor yang ditubuhkan bagi menjayakan visi Selangor sebagai hab digital utama di ASEAN.

Sidec memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi digital Selangor melalui pelbagai pendekatan seperti program latihan, dana Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pendigitalan, serta aktiviti luar negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved