Nurul Izzah Hasrat Kekal Bertanding Kerusi Permatang Pauh

Politics
18 Sep 2022 • 6:09 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nurul Izzah - Gambar fail

GEORGE TOWN - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyuarakan hasrat mahu kekal bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Saya bukan pemutus kata walaupun hati ini memang teringin (kekal bertanding kerusi Permatang Pauh).

“Sebagai seorang askar dalam parti, saya berharap tidak akan digugurkan daripada menjadi calon dan diberikan kerusi sebagaimana yang dipohonkan hati iaitu Permatang Pauh,” katanya dalam satu sidang media sebelum merasmikan sesi dialog bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di sini hari ini.

Nurul Izzah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis, Kedah dan Pulau Pinang itu berkata pimpinan Pakatan Harapan telah menetapkan 20 September untuk membincangkan soal persediaan PRU15 seperti pembahagian kerusi dan calon, yang diharapkan boleh selesai sebelum Oktober. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved