Nurul Izzah kurang setuju lantikan kali ke-3 Azam Baki -“Sambungan yang tak dialu-alukan”

LocalPolitics
10 May 2025 • 7:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tampil menyuarakan ketidaksetujuannya terhadap pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat kali ketiga.

image is not available

Nurul Izzah kurang setuju, anggap lantikan tak dialu-alukan

Menerusi satu hantaran di platform X, anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyifatkan langkah tersebut sebagai keputusan yang “tidak dialu-alukan” kerana menurutnya ia akan menyukarkan usaha membawa perubahan dasar yang lebih menyeluruh.

“Pemanjangan kontrak sebegini menyukarkan perubahan mendasar berlaku,” tulisnya.

image is not available

Nurul Izzah jelaskan kita perlukan keberanian penjawat awam

Tambahnya Nurul Izzah lagi, keberanian semua pihak diperlukan bagi memastikan negara dapat melangkah ke hadapan dengan membuat keputusan yang lebih berani demi kebaikan bersama.

“Kita memerlukan keberanian penjawat awam, pimpinan serta anggota parti dan lainnya untuk memastikan kita punyai kekuatan iltizam untuk membuat pilihan baru,” ujarnya.

image is not available

Kenyataan tersebut dibuat susulan lantikan semula Tan Sri Azam Baki yang diberi kepercayaan untuk menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh setahun lagi, bermula 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan semalam memaklumkan pelantikan semula ini telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 [Akta 694].

Menurut kenyataan rasmi berkenaan, keputusan tersebut dibuat berdasarkan pengalaman luas, komitmen tinggi serta pencapaian Azam Baki sepanjang menerajui SPRM.