Nurul Izzah masih Timbalan Presiden KEADILAN, beri ruang buat keputusan

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 10:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Nurul Izzah masih Timbalan Presiden KEADILAN, beri ruang buat keputusan

SHAH ALAM, 7 OGOS: Nurul Izzah Anwar masih kekal sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan akan terus memangku jawatan berkenaan sehingga tamat Kongres Nasional Keadilan di Melaka pada 15 dan 16 Ogos ini.

Naib Presiden KEADILAN Dato’ Seri Amirudin Shari meminta semua pihak supaya memberikan ruang dan masa kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk memikirkan keputusan yang dibuatnya sebelum ini.

Amirudin yang juga Pengarah Pilihan Raya KEADILAN berkata tugas Nurul Izzah ketika ini akan dilaksanakan dan ditanggung bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta dirinya.

“Buat masa ini, beliau tidak melepaskan jawatan. Kita beri ruang untuk beliau berehat sekejap dan berfikir berhubung keputusan untuk berhenti ketika beliau sedang bercuti.

“Mungkin ada perkara terdesak yang beliau perlu laksanakan dan apa juga keputusan beliau, kita akan hormati,” katanya pada sidang media selepas membentangkan Rancangan Selangor Kedua di Sidang Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Amirudin menambah Nurul Izzah menyatakan hasrat kepada kepimpinan untuk meletak jawatan sebagai timbalan presiden parti itu beberapa hari lalu.

"Setakat kami berbincang, dalam tempoh dua, tiga bulan (sebelum) ini tidak ada lagi (Nurul Izzah mohon letak jawatan), sebab kami dan dia (Nurul Izzah) berbincang mengenai persiapan pilihan raya dan sebagainya.

"Kita beri ruang untuk dia bercuti. Walaupun tengah bercuti, Nurul Izzah masih lagi timbalan presiden namun tugasnya dilaksanakan oleh beberapa pihak," katanya lagi.

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN bersetuju memberi cuti sementara kepada Nurul Izzah daripada menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti, bermula selepas Kongres Nasional PKR 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MPP selepas membincangkan permohonan Nurul Izzah untuk mengundurkan diri daripada jawatan berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata mesyuarat sama turut bersetuju supaya Naib Presiden KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjalankan tugas Timbalan Presiden secara sementara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved