Nurul Izzah tak minat jadi menteri, mahu fokus pada parti & akar umbi

LocalPolitics
9 May 2025 • 8:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa beliau tidak berminat menyertai Kabinet meskipun menang jawatan Timbalan Presiden PKR pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2025-2028 nanti.

Nurul Izzah tak minat jadi menteri, pernah ditawarkan tapi tolak

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, beliau menjelaskan pendirian itu bukanlah baharu, malah pernah menolak tawaran menjadi menteri selepas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU ke-14.

“Ketika Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU ke-14, saya ditawarkan untuk dilantik sebagai Menteri. Apa keputusan saya?

“Saya menolak kerana ia adalah lantikan Perdana Menteri di dalam kabinet yang turut dianggotai Datuk Seri Dr Wan Azizah,” katanya.

image is not available

 

Nurul Izzah prnah letak jawatan sebagai Jawatankuasa Kira-Kira Negara

Beliau turut menyentuh tindakan prinsipalnya meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2018 kerana tidak bersetuju dengan pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

“Pada 2018 saya meletakkan jawatan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Negara pada dasarnya menentang kegagalan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu untuk memastikan perbelanjaan kerajaan dipantau dengan memastikan pembangkang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” jelasnya lagi.

image is not available

Akan bertanding jawatan nombor 2 parti

Mengulas spekulasi mengenai pencalonannya, Nurul Izzah mengesahkan akan bertanding jawatan nombor dua parti itu selepas mengambil kira pelbagai pandangan termasuk dari akar umbi.

Katanya, walaupun menyedari wujud kebimbangan ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap parti, beliau tetap yakin dan komited untuk terus memperkukuh KEADILAN dari dalam, bukan melalui jawatan dalam kerajaan.

image is not available

Difahamkan, Nurul Izzah sudahpun menghantar borang pencalonan untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR tersebut dan beliau dicabar Menteri Ekonomi, Datuk Rafizi Ibrahim bagi mengekalkan jawatan yang disandang olehnya sebelum ini.

Sumber: Facebook Nurul Izzah Anwar