#PRU15: Nurul Izzah Terkejut Tewas Di Permatang Pauh

Politics
20 Nov 2022 • 1:02 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Walaupun banyak nama besar tewas pada pilihan raya ini, kekalahan Nurul Izzah tidak dijangka kerana memiliki populariti dan tarikan kepada pengundi muda - Gambar oleh Abdul Razak Latif

PERMATANG PAUH: Calon kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tewas di kubu kuat keluarganya itu di tangan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Muhamad Fawwaz Mohamad Jan.

Keputusan mengejutkan itu menyaksikan Nurul Izzah memperoleh 11,005 undi, manakala Muhamad Fawwaz mendapat 17,056 undi.

Ia turut ditandingi calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Mohd Said yang memperoleh 7,352 undi, manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Mohd Nasir Othman hanya mendapat 148 undi.

Permatang Pauh dilihat sebagai kubu kuat Nurul Izzah, apabila kerusi itu dipertahankan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bapa, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 2008.

Kedua-dua mereka memenangi kerusi ditandingi pada PRU-15, iaitu Anwar di Tambun dan Wan Azizah di Bandar Tun Razak.

Walaupun banyak nama besar tewas pada pilihan raya ini, kekalahan Nurul Izzah tidak dijangka kerana memiliki populariti dan tarikan kepada pengundi muda. – The Vibes, 19 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved