Nurul Izzah titip doa buat Anwar

Politics
10 Aug 2022 • 10:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nurul Izzah turut memuat naik gambar bersama bapanya, Anwar Ibrahim ketika kanak-kanak.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mencuri perhatian warganet apabila menuliskan ucapan sempena ulang tahun bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Facebook pada Rabu. Nurul Izzah yang menitipkan doa dan ucapan terima kasih turut memuat naik gambarnya bersama Ketua Pembangkang itu ketika kanak-kanak. "Happy Birthday (selamat hari lahir) Papa, Anwar Ibrahim! Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan, dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik dengan segala keberkatan. "Terima kasih kerana mengajarkan erti kehidupan. Ia tidak pernah mudah tetapi lebih baik mempertahankan keyakinan berprinsip seseorang. Kami sayangkan papa," tulisnya. Anwar, 75, dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan kini merupakan ahli Parlimen Port Dickson.