Nurul jaga benteng Zahid, tidak kisah teruk dihentam, rasa berbaloi ambil tugas jaga bapa dan keluarga

Politics
5 Dec 2022 • 1:06 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

DATUK Nurulhidayah Ahmad Zahid dikenali ramai kerana menjadi penyokong kuat bapanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Anak sulung dalam keluarga, ahli perniagaan wanita itu menjalankan tugas yang yang baik kepada kedua ibu bapanya. Malah beliau turun sama berkempen sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 baru-baru ini.

Figura yang dikenali sebagai Kak Long itu menyambut baik berita bapanya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

image is not available

“Perkhabaran yang paling baik buat kami sekeluarga, diterima sebagai ‘amanah tambahan’ daripada ALLAH untuk memastikan Abah sentiasa sihat dan tenang dalam menjalankan tanggungjawab yang baharu nanti,” titip Nurul.

Menjadi anak kepada ahli politik ternyata bukan perkara yang mudah. Justeru, Nurul dan adiknya tega menjalankan tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka walaupun berdepan kecaman dan hentaman.

“Saya Kak Long akan menjaga benteng dari luar dan adik saya anak kedua akan menjaga dari dalam. Segala keperluan, kesihatan, makanan dan apa sahaja hal ehwal dalaman (internal affairs) akan jaga.

“Itu sebab saya yang paling dikenali dan teruk dihentam. Saya tidak kisah kerana saya rasa berbaloi mengambil tugas menjaga hal ehwal luar (external affairs) demi abah dan mak serta keluarga.

“Alhamdulillah atas kurniaan rezeki daripada ALLAH buat kami malam ini. Perkhabaran yang paling baik buat kami sekeluarga, diterima sebagai ‘amanah tambahan’ daripada ALLAH untuk memastikan Abah sentiasa sihat dan tenang dalam menjalankan tanggungjawab yang baharu nanti,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Nurul turut mendoakan kelancaran tugas bapanya yang bakal kembali ke Putrajaya memikul amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh YAB PM @anwaribrahim_my kepada Abah kami.

“ALLAH Maha Baik, semoga ALLAH permudahkan dan memberi kelancaran kepada kerajaan yang baharu ini dan diringankan daripada ujian dan musibah yang berat. Aamin,” titipnya.

image is not available

Nurul sebelum ini tular apabila menyanyi sebagai strategi berkempen menghiburkan para pengundi di Bagan Datuh.

Selain Nurul, Zahid memiliki empat cahaya mata lain iaitu Nurulizawani, Ahmad Khairul Hafies, Ahmad Syafiq Hazieq dan Ahmad Asyraf Arief.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi