Nurul Syuhada Dedah Apa yang Hafidz Roshdi Lakukan Dengan 'Si Penyondol'

6 Mar 2023 • 3:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Selepas diceraikan dan ditumbuk, Nurul Syuhada mendakwa Hafidz Roshdi telah bermalam bersama kekasihnya di sebuah hotel - Gambar Tangkapan layar Instagram dan Facebook

Semakin panas nampaknya isu yang melibatkan aktor sensasi, Hafidz Roshdi. Selepas menceraikan isterinya dan didakwa menumbuk wanita itu, terbaru Nurul Syuhada mendakwa bahawa Hafidz telah bermalam bersama kekasihnya di sebuah hotel.

Menjawab pertanyaan netizen yang bertanya mengenai satu gambar yang dimuat naik oleh Athirah Yuhada pada 19 Februari lalu, Syuhada mendakwa dia mempunyai bukti bahawa Hafidz dan wanita berkenaan telah menginap di sebuah hotel di Port Dickson.

Malah dia juga mendakwa mempunyai semua bukti. 

image is not available
Tangkapan layar Instagram

“Kalau nak sembang pasal dosa mereka dengan Allah, berzina, bermaksiat, menipu, mempersendakan agama dengan mandi wajib bersama dan sebagainya, itu semua saya punya bukti. Tapi itu dosa mereka dengan Allah, biarlah Allah yang hukum mereka seburuknya. 

“Tapi dosa mereka dengan saya dan anak-anak, carilah kami di Padang Mahsyar kelak. Kami tak akan pernah memaafkan. Ianya terlalu sakit. Hanya Allah lah yang maha mengetahui sesuatu perkara,” komen Syuhada. 

image is not available
Tangkapan layar Facebook Nurul Syuhada

Terdahulu, Nurul Syuhada mendakwa telah ditumbuk oleh Hafidz Roshdi di bahagian muka sehingga terpaksa menerima 10 jahitan sewaktu mereka berdua bertemu untuk berbincang. 

Disebabkan itu, satu laporan polis telah pun dibuat dan Hafidz telah pun dipanggil ke balai polis untuk siasatan. – Getaran, 6 Mac 2023