Nutella Ikut Cipta Sejarah Di Angkasa Lepas Bersama Misi Artemis 2 NASA

WorldFood
7 Apr 2026 • 9:42 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR: Misi Artemis 2 mission oleh NASA mencipta sejarah apabila empat angkasawan berjaya berada pada jarak paling jauh dari Bumi pernah direkodkan manusia.

Kapal angkasa Orion yang dinaiki mereka mencapai jarak 252,752 batu ketika mengelilingi Bulan, sekali gus memecahkan rekod lama Apollo 13 pada tahun 1970.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian ramai bukan sekadar pencapaian itu, tetapi kemunculan sebotol Nutella yang dilihat terapung dalam kabin.

Difahamkan, balang Nutella itu muncul beberapa minit sebelum rekod dicapai, sekali gus membuatkan netizen berseloroh bahawa ia kini “makanan paling jauh pernah pergi dari Bumi”.

Di platform X, ada pengguna menyifatkan ia sebagai “rekod dunia paling manis”.

Netizen Dakwa ‘Marketing Level Angkasa’?

Dalam masa sama, ada juga yang mendakwa kemunculan Nutella itu seperti satu bentuk promosi untuk syarikat Ferrero.

“Ini bukan iklan biasa, ini iklan sampai ke angkasa,” kata seorang pengguna.

Bagaimanapun, NASA menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tiada sebarang kerjasama jenama dalam pemilihan makanan angkasawan.

58 Tortilla Jadi ‘Penyelamat’

Sepanjang misi 10 hari itu, kru turut membawa pelbagai makanan lain termasuk makaroni keju, brisket, brokoli dan telur hancur.

Menariknya, mereka juga membawa 58 keping tortilla, dipercayai digunakan untuk menikmati Nutella tanpa perlu makan terus dari balang.

Walaupun berdepan masalah tandas dan perlu tidur dalam beg tidur khas, kehadiran Nutella nampaknya cukup untuk menceriakan suasana di angkasa.

Sementara itu, di ruangan komen video tular berkenaan, ramai netizen menyifatkan situasi tersebut sebagai peluang pemasaran luar biasa, malah ada yang berseloroh bahawa jika Nutella tidak memanfaatkan peluang ini, ia satu kerugian besar.

Ada juga yang menganggap ia sebagai “iklan percuma bertaraf jutaan dolar”, selain bergurau dengan slogan kreatif seperti “jangan tinggalkan Bumi tanpa Nutella” serta “di angkasa, tiada siapa boleh dengar bunyi anda menyapu Nutella”. – The Malaysian Update

The post Nutella Ikut Cipta Sejarah Di Angkasa Lepas Bersama Misi Artemis 2 NASA appeared first on The Malaysian Update.