Nuzul al-Quran: PM seru umat Islam banyakkan baca al-Quran

7 Apr 2023 • 9:42 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam untuk memperingati peristiwa Nuzul al-Quran dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran.

Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook beliau bersempena Nuzul al-Quran yang disambut esok berkata kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan itu mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk yang meluruskan perbedaan antara yang haq dan batil.

Beliau berkata ia juga sebagai satu bentuk kesyukuran atas turunnya mukjizat Allah SWT yang menjadi sumber kekuatan dan kejayaan umat kelak.

“Mudah-mudahan mukjizat agung ini akan memberikan syafaat kepada kita semua di akhirat kelak, Insya-Allah,“ katanya.

Anwar berkata dalam bulan Ramadan juga terdapat peristiwa besar seperti Perang Badar pada tahun kedua Hijrah dan pembukaan Kota Makkah pada tahun kelapan Hijrah yang menunjukkan siri peristiwa dalam bulan Ramadan ini penting dan strategik dalam konteks sejarah perjuangan dakwah Rasulullah SAW.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 keputeraan baginda. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved