NVIDIA Akan Membuang Sokongan GameStream Daripada Peranti Shield TV

TechnologyDigital
19 Dec 2022 • 12:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Siri peranti set top box NVIDIA Shield TV dilihat sebagai salah satu cara terbaik untuk seorang gamer tegar mengakses komputer gaming mereka di ruang tamu melalui skrin televisyen yang lebih besar.

Peranti ini dikuasakan dengan cip Tegra X1+ dan tampil dengan ciri utama GameStream yang membolehkan pengguna untuk memanfaatkan kad grafik NVIDIA GeForce RTX mereka untuk menstrim permainan-permainan kegemaran mereka di kaca televisyen dan bukan didalam bilik pada resolusi dan kadar segar semula setinggi 4K dan 60FPS.

image is not available

NVIDIA nampaknya akan mengemaskini peranti NVIDIA Shield TV ini dan akan membuang sokongan GameStream tersebut tidak lama lagi. NVIDIA telah menghantar emel kepada pemilik-pemilik NVIDIA Shield TV ini dan mengatakan bahawa GameStream tidak lagi akan disokong.

Sebagai pengganti, pengguna NVIDIA Shield TV dinasihati untuk menggunakan aplikasi Steam Link dan melanggan GeForce Now untuk kembali menstrim permainan mereka seperti sebelum ini. Dengan GameStream, pengguna boleh menstrim permainan mereka dari dalam rumah secara percuma.

View Original Article