NVIDIA Didakwa Mencuri Video Sepanjang 80 Tahun Sehari Bagi Melatih AI

TechnologyDigital
6 Aug 2024 • 3:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebuah lagi skandal besar melibatkan syarikat kecerdasan buatan (AI) muncul hari ini dan kali ini ia melibatkan NVIDIA. Menurut laporan 404 Media yang mengakses dokumen dalaman, NVIDIA mencuri video sepanjang 80 tahun sehari daripada YouTube, Netflix dan pelbagai sumber lagi bagi melatih model AI Cosmos baharu mereka yang masih belum dilancarkan.

image is not available

Cosmos dibangunkan dengan ia kemudiannya boleh digunakan untuk menghasilkan model 3D di dalam NVIDIA Omniverse, mengajar sistem swapandu dan juga untuk sistem menghasilkan manusia digital. Antara dakwaan yang dilaporkan ialah NVIDIA memuat turun video YouTube dan Netflix menggunakan sehingga 30 mesin maya dengan alamat IP ditukar dengan kerap bagi mengelakkan akses dihalang.

Isu pencurian data untuk melatih model AI ialah isu yang semakin mendapat perhatian sejak dua tahun kebelakangan ini. Hanya beberapa minggu lalu model EleutherAI dan Runway AI juga dilaporkan dilatih menggunakan video YouTube tanpa kebenaran.

Google masih belum memfailkan saman ke atas syarikat yang mencuri data. Pada waktu yang sama Google sendiri menerima kritikan kerana menggunakan data YouTube untuk melatih Veo, model AI generatif yang boleh menjana video.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved