NVIDIA Dilaporkan Akan Memperkenalkan GeForce RTX 3050 Yang Menggunakan Cip Ada Lovelace

TechnologyDigital
26 Jul 2024 • 3:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 secara teknikalnya sudahpun dilancarkan sebelum ini, dan tampil menggunakan cip pemprosesan grafik Ampere yang rata-ratanya digunakan didalam semua kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX 3000.

Kemaskini perisian pemandu NVIDIA yang diperkenalkan baru-baru ini memperlihatkan sebuah nama model kad grafik baru, iaitu NVIDIA GeForce RTX 3050 A Laptop GPU. Perbezaan paling ketara yang dapat diperlihatkan ialah kad grafik ini nampaknya adalah khusus untuk komputer riba, dan akan menggunakan cip pemprosesan grafik Ada Lovelace yang hanya digunakan pada siri kad grafik GeForce RTX 4000.

image is not available

Carian didalam kod sumber perisian pemandu NVIDIA terbaru mengesahkan kewujudan kad grafik ini, tetapi butiran mengenainya tidak diketahui lagi. Untuk buat masa ini, apa yang diketahui mengenai cip AD106 ialah ia digunakan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060 Ti sebelum ini dan tampil dengan 4352 teras terbina.

Sama ada NVIDIA akan membuat pengumuman rasmi mengenaii kad grafik ini tidak diketahui lagi, khususnya kerana pada penghujung fasa pembangunan kad grafik seperti ini, ia tidak mengejutkan untuk melihat NVIDIA menggunakan penawaran baru menggunakan komponen-komponen dalam simpanan mereka untuk mengurangkan pengangan stok.