NVIDIA Dilaporkan Dalam Pertimbangan Untuk Melabur Pada Perplexity

TechnologyBusiness & Finance
24 Aug 2026 • 6:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NVIDIA Dilaporkan Dalam Pertimbangan Untuk Melabur Pada Perplexity

NVIDIA sedia melabur pada pelbagai syarikat berasaskan kecerdasan buatan – dengan harapan syarikat-syarikat berkenaan akan kekal menggunakan cip dan penawaran teknologi mereka apabila berkembang besar. Terbaru, NVIDIA dilaporkan turut dalam perbincangan untuk melabur pada Perplexity.

Ia dikatakan Perplexity dalam perbincangan untuk meraih dana pelaburan baharu yang menilaikan syarikat berkenaan sekitar $30 bilion. Untuk makluman, NVIDIA sedia melabur pada Perplexity sebelum ini, dan pelaburan baharu dijangka akan memperkukuhkan lagi pegangan ekuiti NVIDIA pada Perplexity.

Perplexity popular sebagai enjin carian dikuasakan AI sebelum ini, namun popularitinya berkurangan selepas OpenAI dan yang lain turut mengintegrasikan sokongan carian langsung. Baru-baru ini, Perplexity telah memperkenalkan Perplexity Cloud yang dilihat mempunyai peminatnya tersendiri, dimana ia menawarkan ejen AI berasaskan awan, sekaligus mengautomasikan sejumlah tugasan melaluinya.

Buat masa ini, NVIDIA dan Perplexity belum mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan hal ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved