NVIDIA DLSS 4 Dengan Teknologi Multi Frame Generation Akan Tiba Untuk 75 Permainan Apabila Dilancarkan

TechnologyDigital
9 Jan 2025 • 1:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pelancaran siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000, NVIDIA turut memperlihatkan penawaran teknologi janaan bingkai terbaru mereka, iaitu DLSS 4 Multi Frame Generation. Dengan kad-kad grafik yang baru dilancarkan ini, DLSS 4 menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk menambahkan sehingga tiga bingkai tambahan untuk setiap bingkai yang dijana oleh kad grafik dalam permainan.

image is not available

Secara ringkasnya, ini membolehkan kad-kad grafik GeForce RTX 5000 untuk menampilkan kadar bingkai permainan yang lebih tinggi pada resolusi seperti 1440p dan 4K tanpa menurunkan prestasi permainan komputer.

image is not available

Ciri ini juga membolehkan pengguna menikmati permainan pada kadar bingkai yang lebih tinggi walaupun apabila anda mengaktifkan ciri Ray-Tracing pada permainan-permainan anda.

NVIDIA mengatakan bahawa ciri DLSS 4 Multi Frame Generation ini bukan sahaja akan tiba bersama kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 apabila ia dijual kelak, tetapi ia juga akan disokong sebanyak 75 permainan komputer, termasuklah Doom: The Dark Ages dan Dune: Awakening apabila ia dilancarkan kelak.

NVIDIA turut mengatakan bahawa tidak lama lagi, permainan sedia ada seperti Black Myth: Wukong, Marvel Rivals, dan Naraka: Bladepoint juga akan menyokong ciri janaan DLSS 4 ini.

image is not available

Sayangnya, NVIDIA mengatakan bahawa teknologi janaan bingkai ini terhad kepada siri kad grafik GeForce RTX 5000 sahaja kerana bingkai-bingkai tambahan yang perlu dijana oleh AI memerlukan kadar generasi bingkai yang tetap, dan pada resolusi dan tetapan grafik lebih tinggi, perkara ini sukar dilakukan oleh kad-kad grafik siri RTX 4000.

NVIDIA dijangka akan memasarkan kad-kad grafik pertama dalam siri GeForce RTX 5000 pada penghujung bulan ini.