NVIDIA GeForce RTX 5000 Mungkin Diperkenalkan Sewaktu Ucaptama Jensen Huang Di CES 2025

TechnologyDigital
8 Oct 2024 • 2:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 sepatutnya diperkenalkan pada suku keempat tahun ini, tetapi sehingga kini, nampaknya hanya beberapa butiran tambahan yang diperlihatkan untuk siri kad grafik ini, khususnya model NVIDIA GeForce RTX 5090 yang akan diperkenalkan terlebih dahulu.

Laporan baru telah keluar yang mengatakan bahawa Jensen Huang akan membuat ucaptama (keynote address) di acara CES 2025 pada 6 Januari 2025 di Las Vegas, sehari sebelum acara tersebut dibuka secara rasmi.

image is not available

Jangkaan orang ramai ialah Jensen Huang akan memperkenalkan siri kad grafik tersebut sewaktu acara ucaptama tersebut, dan akan memperlihatkan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 dan GeForce RTX 5080 terlebih dahulu, seperti yang dikatakan sebelum ini.

Seperti yang sedia maklum, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 akan menggunakan cip pemprosesan grafik Blackwell yang terbaru, yang kini dibangunkan terlebih dahulu untuk produk kelas pusat data, sebelum ia digunakan untuk tujuan gaming.

Kad grafik ini dijangka menggunakan memori GDDR7 terbaru, dan akan menggunakan palam PCIe 12VHPWR 16 pin terbaru yang dikatakan lebih selamat berbanding dengan palam kuasa yang diperkenalkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 sebelum ini.