NVIDIA Kembali Menjadi Syarikat Bernilai $3 Trilion

TechnologyDigital
14 May 2025 • 1:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tiga triniti syarikat $3 trilion kembali hari ini selepas nilai pasaran NVIDIA mencecah $3.17 trilion (~RM 13.68 trilion). Saham NVIDIA meningkat lebih 5% selepas pentadbiran Presiden Trump membatalkan halangan pembelian cip kecerdasan buatan (AI) yang diperkenalkan Presiden Biden pada Januari lalu.

image is not available

Pada waktu yang sama Arab Saudi turut mengumumkan pelaburan bernilai ratusan bilion untuk membina pusat-pusat data kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan cip NVIDIA GB300 semalam. NVIDIA masih di belakang Microsoft yang kini bernilai $3.338 trilion (~RM 14.4 trilion) dan Apple yang bernilai $3.18 trilion (~RM 13.72).

Dengan NVIDIA kini bebas menjual cip ke negara-negara yang melakukan persetujuan dengan Amerika Syarikat dan tarif tinggi ke atas China dikurangkan minggu ini, nilai saham syarikat-syarikat teknologi utama dunia dijangka akan kembali melonjak dalam masa terdekat.