NVIDIA Kini Akan Mengeluarkan Cip AI Baharu Setiap Tahun

TechnologyDigital
23 May 2024 • 10:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NVIDIA pagi ini mencatatkan keuntungan $14 bilion dan pendapatan pula meningkat 262% pada suku yang lalu berbanding suku yang sama 2023. Mereka juga mengatakan permintaan untuk cip AI mereka adalah lebih tinggi daripada jumlah yang boleh dikeluarkan pada waktu ini. Walaupun cip Blackwell B200 baru sahaja diumumkan pada Mac lalu, CEO NVIDIA Jensen Huang mengatakan syarikat kini akan menghasilkan cip baharu setiap tahun.

image is not available
NVIDIA Blackwell B200 GPU

Sebelum ini CPU da GPU diumumkan setiap dua tahun sekali. Dengan permintaan yang semakin melonjak untuk CIP AI, NVIDIA merasakan cip lebih berkuasa perlu diperkenalkan lebih pantas berbanding jadual yang digunakan selama ini.

Kepada pelanggan pula, mereka tidak perlu risau kerana cip baharu yang akan diperkenalkan telah direka untuk digunakan pada kelengkapan sedia ia. Hanya cip perlu ditukar dan bukannya kesemua komputer di pusat data.

Di Malaysia pusat data AI di Johor adalah antara yang terawal di dunia dilengkapi cip Blackwell. Negara kita dan juga jiran serantau menjadi pilihan pelabur khusus dalam bidang AI serta semikonduktor kerana menjadi alternatif paling selamat kerana tidak terletak terlalu dekat dengan China dan kos kuasa yang masih rendah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved