NVIDIA Lancarkan Alpamayo – Model AI Swapandu Sumber Terbuka

TechnologyCars
6 Jan 2026 • 9:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain melancarkan platform Rubin, NVIDIA turut mengumumkan keluarga model kecerdasan buatan (AI) NVIDIA Alpamayo yang boleh digunakan untuk membangunkan sistem swapandu Tahap 4 untuk kenderaan. Ini adalah bagi menyelesaikan cabaran terbesar sistem swapandu yang perlu berhadapan situasi kompleks dan jarang berlaku kerana tiada dalam latihan model swapandu terdahulu.

Dengan Alpamayo, sistem swapandu boleh berfikir seperti manusia apabila berhadapan situasi luar biasa menerusi penggunaan model AI terkini dan sensor pada kenderaan. Kemampuan Alpamayo untuk berfikir selangkah demi selangkah seperti manusia ialah seperti pengenalan ChatGPT kepada chatbot menurut CEO NVIDIA Jensen Huang.

image is not available

Alpamayo terdiri daripada model sumber terbuka Alpamayo 1, rangka kerja simulasi AlpaSim dan data symber terbuka Physical AI Open Datasets. Alpamayo 1 dilatih menggunakan 10 bilion parameter dengan kemampuan menyelesaikan masalah langkah demi langkah berdasarkan input video yang dilihat.

AlpaSim ialag rangka kerja simulasi sumber terbuka yang menyokong pemodelan sensor, kawalan trafik dinamik dan ujian gelung tertutup yang boleh diubah. Akhir sekali ialah Physical AI Open Datasets yang merupakan set data untuk latihan kenderaan swapandu dengan 1,700+ jam video kenderaan memandu dalam pelbagai jenis cuaca dan geografi.

Lucid, Jaguar Land Rover, Uber dan Berkeley DeepDrive antara yang menunjukkan minat menggunakan NVIDIA Alpamayo bagi membangunkan sistem swapandu Tahap 4 mereka sendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved