NVIDIA Melabur $1 Bilion Ke Dalam Nokia Untuk Pembangunan Rangkaian AI 6G

TechnologyBusiness & Finance
29 Oct 2025 • 1:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

NVIDIA melakukan pelaburan bernilai $1 bilion ke dalam Nokia bagi memacu pembangunan AI radio access network (AI-RAN) yang akan digunakan dalam rangkaian 6G di masa hadapan. Menerusi pelaburan ini, NVIDIA memegang 2.9% saham Nokia. Nokia akan menggunakan komputer AI NVIDIA dalam operasi mereka sementara NVIDIA pula mengintegrasikan pusat data Nokia ke dalam infrastruktur AI mereka.

image is not available

Dengan rangkaian komunikasi AI-RAN, lebih banyak kelengkapan dengan kemampuan kecerdasan buatan (AI) dapat disokong secara natif termasuk di pinggir. Serentak dengan pengumuman ini, T-Mobile mengumumkan mereka akan menguji teknologi 6G AI-RAN NVIDIA Nokia bermula 2026.

Kesemua ini adalah persediaan kepada penggunaan AI generatif, agentik, dron, cermin mata AR tam dan cermin mata pintar yang memerlukan internet yang pantas bagi menyokong pelbagai ciri yang diperlukan oleh pengguna.

Tahun lalu ,Softbank menyatakan mereka akan mengintegrasikan teknologi AI NVIDIA pada rangkaian selular Jepun. Apabila dipadankan dengan superkomputer baharu yang sedang dibina, ia bakal menjadikannya sebuah grid kecerdasan buatan yang merangkumi keseluruhan Jepun. Rangkaian ini akan digunakan oleh kenderaan swapandu serta robot yang digunakan dalam operasi industri. Kecerdasan buatan digunakan untuk menguruskan rangkaian selular bagi memastikan kelajuan internet sentiasa pantas walaupun dalam situasi keperluan tinggi berlaku di sesebuah kawasan.