Pada awal 2000, Half-Life 2 merupakan salah satu daripada permainan-permainan komputer paling ikonik yang boleh dimainkan sekiranya anda mempunyai komputer yang cukup berkuasa.
2024 merupakan ulang-tahun ke-20 permainan komputer lagenda ini, dan pada hari ini juga, Orbifold Studios telah memperlihatkan video treler untuk Half-LIfe 2 RTX, iaitu kemaskini grafik dan mekanisma kepada permainan klasik tersebut.
Permainan tersebut masih lagi sedang berada dalam fasa pembangunan, dan video tersebut sedikit sebanyak memperilhatkan perkembangan yang sedang berlaku. Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah permainan ini akan siap dibangunkan dan mula dijual.
Walaupun begitu, pengumuman sama juga memperlihatkan anda kini boleh memasukkan permainan tersebut kedalam Wishlist anda di Steam. Seperti yang dikatakan, tarikh pelancaran dan tanda harga tidak diketahui lagi.

Dalam pada itu, NVIDIA juga pada hari ini telah memperlihatkan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4080 Super yang hadir dengan tema Half-Life 2, memperlihatkan logo permainan tersebut bersama-sama watak utama Gordon Freeman.
"Welcome! Welcome to City 17!"
To celebrate the 20th anniversary of Half-Life 2, we're giving away an exclusive custom wrapped GeForce RTX 4080 SUPER GPU, highlighting the iconic Gordon Freeman.
Want it? Comment #HalfLife2RTX + like this post to enter! pic.twitter.com/PPurrMD3lS
NVIDIA GeForce, melalui akaun-akaun media sosial mereka di X, TikTok, Facebook, dan Instagram akan memberi sebuah kad grafik ini kepada seorang pemenang bertuah tidak lama lagi. Sayangnya pemberian ini hanya terhad kepada pasaran-pasaran terpilih, dan Malaysia bukan salah satu daripada negara yang termasuk dalam pemberian ini.

![Sekumpulan Pelajar Sekolah Rendah Main Ukelele Sambil Nyanyi Lagu Exist Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)