Pada minggu lepas, kami ada melaporkan melalui Reuters bahawa NVIDIA akan mula meminta bayaran penuh untuk pembelian cip pemprosesan AI NVIDIA H200 mereka sebelum pembelian tersebut dihantar kepada mereka.
NVIDIA nampaknya telah mengeluarkan kenyataan mengenai laporan tersebut, mengatakan bahawa ia kurang tepat. Kebiasaannya, pihak NVIDIA akan meminta syarikat-syarikat untuk melakukan pembayaran pendahuluan ataupun deposit untuk setiap pembelian komponen-komponen mereka.

Akan tetapi dengan undang-undang perdagangan antara Amerika Syarikat kini dilihat semakin ketat, NVIDIA juga telah mula mengetatkan keperluan untuk membayar wang pendahuluan ini terlebih dahulu sebelum produk dihantar kepada syarikat-syarikat di China, dan ini adalah khusus untuk pembelian cip pemprosesan AI NVIDIA H200 mereka sahaja.
Ini agak berbeza dengan laporan awal tersebut yang mengatakan bahawa syarikat di negara tersebut perlu membayar pembelian mereka secara penuh sebelum ia dihantar kepada mereka.


