Perubahan iklim akan menyebabkan kerosakan bernilai berbilion Dollar dalam masa terdekat. Oleh itu saintis memerlukan model bagi melihat impak perubahan iklim dilakukan supaya sebarang masalah akan dapat ditangani sebelum ia berlaku. Di GDC pagi ini, NVIDIA mengumumkan API Earth-2 yang membolehkan kembar bumi diuji dalam dunia maya NVIDIA Omniverse.
Menerusi kecerdasan buatan (AI) generatif CorrDiff, Earth-2 boleh menghasilkan model ramalan iklim dengan resolusi 12.5x lebih tinggi berbanding model semasa, 1000x lebih pantas dan 3000x lebih menjimatkan tenaga boleh dihasilkan.

Menurut Jensen Huang, dunia kini melihat peningkatan frekuensi insiden kemarau berpanjangan, taufan berbahaya, dan banjir besar. Earth-2 boleh digunakan untuk melakukan ramalan kaji cuaca yang lebih tepat bagi menghadapi perubahan iklim.
Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan (CWA) telah menggunakan Earth-2 untuk meramal di mana taufan akan melanda. Sejak menggunakan model ramalan taufan, Taiwan berjaya mengurangkan jumlah kematian disebabkan bencana yang melanda setiap tahun. Sebagai negara yang penting dalam rantaian bekalan teknologi, Earth-2 juga dapat mengelakkan gangguan kepada pengeluaran seperti cip.
