Selepas menerima kritikan menggunakan sumber air dan tenagan dengan banyak di bumi. Terdapat beberapa projek diumumkan untuk membina pusat data di angkasa lepas yang menawarkan kuasa solar tanpa had serta penyejukan tanpa air. Di GTC pagi tadi NVIDIA mengumumkan beberapa modul baharu yang direka khusus untuk pusat data angkasa lepas.

Modul pertama ialah NVIDIA Space-1 Vera Rubin Module yang menawarkan prestasi kecerdasan buatan sehingga 25 kali ganda lebih tinggi berbanding cip H100 yang dilancarkan ke orbit oleh Starcloud pada penghujung tahun lalu. Ia bakal digunakan oleh syarikat Aetherflux, Axiom Space, Kepler Communications, Planet, Sophia Space, dan Starcloud. Selain digunakan untuk pusat data, ia turut boleh digunakan bagi tujuan pemprosesan geospatial lanjutan dan operasi angkasa secara autonomi.
Sementara itu platform NVIDIA IGX Thor dan NVIDIA Jetson Orin kini juga ditawarkan ke angkasa lepas untuk menawarkan sistem yang lebih cekap menggunakan kuasa, menawarkan inferens AI berkuasa tinggi dan pada waktu yang sama melakukan tugas pengesanan imej serta pemprosesan data menggunakan perkomputeran pinggiran ketika di orbit.
NVIDIA IGX Thor dan Jetson Orin sudahpun boleh digunakan oleh pelanggan sementara NVIDIA Space-1 Vera Rubin Module akan ditawarkan ke satu tarikh yang bakal diumumkan.


