NVIDIA Project DIGITS Ialah Superkomputer AI Mini Dengan Harga Bawah RM14,000

TechnologyDigital
7 Jan 2025 • 6:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak dari awal sejarah perkomputeran, superkomputer hanya dimiliki oleh institusi kerajaan atau syarikat swasta yang mampu membeli kelengkapan yang harganya mencecah puluhan juta. Ini menjadikan akses untuk melatih model kecerdasan buatan (AI) adalah di luar kemampuan kebanyakan pembangun. Hari ini NVIDIA mengumumkan Project DIGITS yang menurut mereka ialah superkomputer melatih AI paling mampu milik di pasaran.

image is not available

Setiap superkomputer Project DIGITS dilengkapi cip pemproses GB10 Grace Blackwell yang dipadankan dengan memori sebesar 128GB dan storan sehingga 4TB of NVMe storage. Cip GB10 Grace Blackwell mempunyai kemampuan pemprosesan AI 1 petaflop yang membolehkannya melatih model AI dengan 200 bilion parameter. Jika model lebih besar ingin dilatih, dua unit Project DIGITS boleh disambungkan menggunakan NVIDIA ConnectX.

image is not available

GB10 dibangunkan dengan kerjasama MediaTek dengan ia mempunyai 20 teras CPU berasaskan Arm serta teras CUDA generasi baharu dan teras Tensor generasi kelima.

Sekilas pandang, Project DIGITS nampak seperti sebuah komputer mini dengan saiz hampir sama dengan sebuah Mac Mini. Sistem operasi yang digunakan ialah NVIDIA DGX OS yang berasaskan Linux. NVIDIA Project DIGITS akan dijual pada bulan Mei pada harga $3,000 (~RM 13,462).