NVIDIA RTX 2000 Ada Generation GPU Dilancarkan Dengan Penekanan Kepada AI

TechnologyDigital
13 Feb 2024 • 11:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.


NVIDIA RTX 2000 Ada Generation GPU telah diumumkan semalam dengan ia GPU yang memberikan penekanan kepada kemampuan kecerdasan buatan (AI), grafik dan kemampuan memproses di komputer jenis workstation. Ia menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 1.5X berbanding RTX A2000 12GB yang ditawarkan oleh NVIDIA sebelum ini.

image is not available

Kad grafik untuk kegunaan profesional kelas permulaan ini dilengkapi memori 16GB RAM GDDR6, 2816 teras CUDA, 88 teras Tensor, 22 teras RT dan kuasa pemprosesan sehingga 191.9 TFLOP. Dengan teras RT generasi ketiga, ia mampu melakukan proses ray-tracing 1.7X lebih pantas manakala teras Tensor generasi ke-empat pula menawarkan peningkatan AI sehingga 1.8X lebih baik berbanding generasi terdahulu. Sokongan DLSSS 3 dan mengekod AV1 juga disertakan sekali.

Kad NVIDIA RTX 2000 Ada Generation GPU akan dijual pada harga bermual $625 (~RM2978) menerusi rakan niaga Arrow Electronics, Ingram Micro, Leadtek, PNY, Ryoyo Electro, dan TD SYNNEX. Dell Technologies, HP, dan Lenovo pula akan menawarkan komputer dengan GPU ini bermula April depan.