NVIDIA RTX PRO 4000 SFF dan RTX PRO 2000 Dilancarkan Dengan GPU Blackwell

TechnologyDigital
12 Aug 2025 • 9:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NVIDIA RTX PRO 4000 SFF Edition dan RTX PRO 2000 dilancarkan malam semalam di acara SIGGRAPH 2025. Kedua-dua kad grafik berkuasa untuk stesenkerja ini menggunakan GPU dari keluarga Blackwell dengan rekaan SFF yang berprofil rendah dengan ia hanya mengambil satu slot.

image is not available

NVIDIA RTX PRO 4000 SFF Edition dilengkapi GPU GB203, mempunyai 8,960 teras CUDA, memori sebesar 24GB GDDR7 192 bit dan TDP 70W TDP. Sementara itu NVIDIA RTX PRO 2000 pula dilengkapi GPU GB206, mempunyai 4,352 teras CUDA, memori sebesar 16GB GDDR7 128 bit dan TDP 70W. Kedua-dua kad juga menyokong sambungan 4x mDP 2.1b.

image is not available

RTX PRO 4000 SFF dan RTX PRO 2000 adalah kad grafik untuk digunakan pada stesenkerja bersaiz kompak dan mesin memproses tugasan video. Ia adalah siri RTX5000 yang diubahsuai untuk kegunaan kerja dan bukan untuk permainan video kerana kuasa yang dihadkan.

Kedua-dua kad akan hanya dijual pada penghujung 2025 dengan ia akan ditawarkan oleh pengeluar seperti PNY, TD SYNNEX, BOXX, Dell Technologies, HP dan Lenovo. Harga jualan belum lagi diumumkan.