NVIDIA tak sabar, mereka percepat penjualan RTX 4060 ke bulan Jun 2023

Digital
15 Jun 2023 • 7:47 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Seperti yang kami kongsikan pertengahan Mei 2023 lalu, NVIDIA telah mengumumkan siri RTX 4060 mereka yang terdiri daripada:

  • RTX 4060
  • RTX 4060 Ti
  • RTX 4060 Ti 16GB

Sewaktu diperkenalkan, hanya RTX 4060 Ti sahaja dijual sejurus diumumkan dengan baki dua variasi lagi dijadualkan mula dipasarkaan dalam bulan Julai 2023. Walau bagaimanapun, NVIDIA telah mengemas kini jadual mereka dengan mempercepat salah satu penjualan GPU iaitu RTX 4060 kepada 29 Jun 2023.

Berdasarkan maklumat terdahulu, MSRP untuk RTX 4060 adalah pada RM1,539 tapi jangkakan harga yang berlainan daripada rakan pengeluar-pengeluar lain seperti Asus, Gigabyte, MSI, Zotac, Palit, dan lain-lain disebabkan konfigurasi penyejuk dan sebagainya.

Untuk rujukan berikut adalah harga MSRP untuk dua lagi baki GPU yang mereka perkenalkan:

  • RTX 4060 Ti (8GB) – RM2,050
  • RTX 4060 Ti (16GB) – RM2,570

Siri RTX 4060 kali ini unik kerana ia dibangunkan berasaskan seni bina Ada Lovelace. Seni Ada Lovelace adalah satu generasi terkehadapan berbanding Ampere yang diguna pakai pada GPU generasi lepas. Seni bina baharu menggunakan teknologi TSMN 4nm berbanding Samsung 8nm. Ia dikatakan membawakan peras kecekapan tenaga lebih baik. GeForce juga memperkenalkan DLSS 3.0 untuk baris GPU berasaskan Ada Lovelace.

image is not available

Berdasarkan maklumat perbezaan prestasi yang dikongsikan GeForce, RTX 4060 membawakan sekitar 2 kali lebih tinggi prestasi.

image is not available

Walau bagaimanapun, yang ingin ditekankan NVIDIA adalah bagaimana RTX 4060 boleh membuahkan prestasi yang sama tapi dengan menggunakan tenaga yang lebih rendah.

image is not available

image is not available

Lagi maklumat yang anda perlu tahu adalah bilangan teras CUDA untuk siri 4060 didapati lebih rendah berbanding RTX 3060. Contohnya RTX 3060 Ti mempunyai 4864 sedangkan RTX 4060 Ti memiliki 4352 (~10%) manakala RTX 4060 ada teras CUDA kira-kira 25% lebih rendah berbanding RTX 3060.

Sungguhpun begitu, clockspeed GPU baharu ini nyata lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya iaitu sehingga 63% lebih pantas dan turut memanfaatkan lebar jalur memori sekali ganda lebih luas (128-bit vs 256-bit).

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan