Nyahklasifikasi surat kerajaan Warisan kepada Kementerian Kewangan: Armizan

20 Jun 2023 • 3:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Wujud keperluan bagi Kerajaan GRS sekarang untuk menyahklasifikasikan surat yang dikeluarkan oleh pentadbiran Parti Warisan kepada Kementerian Kewangan mengenai geran khas kepada Sabah.

Ketika membuat gesaan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata sememangnya penting untuk menyahklasifikasi surat kerajaan negeri kepada Kementerian Kewangan yang dibuat pada 2019.

“Kami menggesa untuk menyahklasifikasi surat kerajaan negeri kepada Kementerian Kewangan pada 2019 apabila Sabah diterajui Parti Warisan daripada sulit kepada kepada klasifikasi terbuka untuk memberi sedikit pencerahan mengenai isu kadar geran khas kepada Sabah,” katanya.

Beliau menambah : “Surat itu perlu didedahkan bagi membolehkan ia dikongsi dengan orang ramai agar rakyat Sabah dapat melihat fakta sebenar, kadar (geran khas) jauh lebih rendah daripada penyelesaian sementara di bawah kerajaan pimpinan GRS yang bermula pada kadar RM125 juta setahun pada 2022”.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Armizan yang juga timbalan setiausaha agung GRS berkata penyelesaian interim yang ditawarkan oleh GRS tahun lepas secara langsung memberi manfaat kepada rakyat Sabah, termasuk perumahan untuk golongan kurang berkemampuan melalui program Rumah Mesra SMJ.

Bercakap kepada pemberita selepas taklimat kepada pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Ahad lepas, Armizan juga berkata kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah telah terbukti berkesan dalam menangani tuntutan kumpulan Sulu.

Beliau berkata kerjasama yang baik antara pejabat Peguam Besar Negeri Sabah dan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah membolehkan keputusan mahkamah di beberapa negara Eropah yang digunakan sebagai ‘forum shopping’ oleh kumpulan Sulu memihak kepada Malaysia.

“Ini menyebabkan beberapa mahkamah tertinggi seperti di Perancis baru-baru ini membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan Malaysia,” tegasnya.

Menurut Armizan, sejak awal lagi, pendirian GRS adalah konsisten bahawa tuntutan terhadap Sabah dan Malaysia, dan cubaan untuk mempertikaikan kedaulatannya oleh pihak luar adalah tidak berasas.

Sekumpulan lapan individu Filipina yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan tanah di Sabah, yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada tahun 1878.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.