Nyahkotak Televisyen Sebesar 75-inci – Samsung Neo QLED 8K QN800C 

TechnologyDigital
30 Oct 2023 • 11:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apa yang anda akan beli jika anda bangun tidur, dan anda sedar tidur anda berbantalkan duit sebanyak RM 26,999? Anda mungkin ada pelbagai pilihan, sama ada untuk membeli komputer berprestasi tinggi, membeli kereta, membeli motor, membayar harga deposit 10% untuk rumah, atau mungkin jauh disudut hati anda, anda inginkan televisyen sebesar yang anda mampu muatkan di rumah anda walaupun anda sedang menyewa rumah tersebut.

Kami berkesempatan melakukan nyahkotak untuk televisyen sebesar 75-inci dari Samsung iaitu Samsung Neo QLED 8K QN800C. Televisyen yang menjadi model utama mereka untuk tahun ini hadir dengan teknologi paling terkini, lengkap dengan Neural Quantum Processor 8K, keterangan maksimum 2000 nits, pembesar suara 4.2.2 Dolby Atmos dan berupaya menerima arahan menerusi Bixby.

Didalam video ini kami menerangkan serba sedikit berkenaan televisyen ini, dan anda boleh membeli televisyen ini terus secara atas talian di halaman rasmi Samsung Malaysia. Sewaktu berita ini ditulis, ia dijual pada harga RM 20,482 jadi jangan lepaskan peluang untuk menghiasi ruang tamu anda dengan televisyen gergasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved