Nyalakan Impian Anak Yatim Bersama-Sama Dengan Usaha #PenyalaHarapan

Personal Finance
19 Apr 2023 • 8:00 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Nyalakan Impian Anak Yatim Bersama-Sama Dengan Usaha #PenyalaHarapan

Semasa kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, konsep ta'awun mempunyai makna yang lebih istimewa. Nilai inti yang disarankan dalam ajaran agama Islam ini menekankan kepentingan tolong-menolong dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.

Selaras dengan konsep ta’awun, AIA PUBLIC Takaful berhasrat untuk membantu komuniti memenuhi impian melalui usaha #PenyalaHarapan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Bermula dengan satu harapan dan berakhir dengan beribu pencapaian, AIA PUBLIC Takaful ingin menyemarakkan jiwa komuniti demi membantu kanak-kanak yang memerlukannya. 

Jom Nyalakan Impian Kanak-Kanak Yang Memerlukannya

Image from: Nyalakan Impian Anak Yatim Bersama-Sama Dengan Usaha #PenyalaHarapan
Program Kongsi Rezeki oleh AIA PUBLIC Takaful

AIA PUBLIC Takaful kini menyokong lebih 500 kanak-kanak di 10 buah rumah anak yatim melalui Program Kongsi Rezeki. Ditubuhkan pada tahun 2021, program ini bertujuan untuk memberi sokongan, keperluan asas, serta membantu kanak-kanak menjalani hidup yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

Tahun ini pula, AIA PUBLIC Takaful ingin menjemput komuniti untuk berganding bahu dengan usaha mereka bagi menyalakan impian kanak-kanak yang memerlukannya. Hanya dengan SATU langkah mudah – dengan mencadangkan nama rumah anak yatim - AIA PUBLIC Takaful akan berusaha untuk membantu rumah-rumah tersebut.

Jom Sertai Usaha #PenyalaHarapan oleh AIA PUBLIC Takaful

Gandakan amal ibadah di bulan Ramadan ini dengan menyertai inisiatif #PenyalaHarapan. Amalan baik anda boleh memberi impak yang mendalam kepada kehidupan kanak-kanak yang memerlukannya. 

Ikuti langkah-langkah di bawah: 

  1. Layari laman web #PenyalaHarapan
  2. Cadangkan nama rumah anak yatim yang memerlukan khidmat amal & kebajikan

Mudah saja!

Usaha ini akan berlangsung dari 27 Mac 2023 - 30 April 2023 dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang ingin membuat amal jariah dalam komuniti dan membantu anak-anak yatim.

Melalui usaha ini, AIA PUBLIC Takaful berharap dapat menyebarkan nilai-nilai murni , kegembiraan, dan kebaikan dalam masyarakat serta memberikan kesedaran tentang bagaimana kita dapat memberi impak positif kepada kehidupan orang lain. Inisiatif ini juga merupakan peluang yang baik untuk mereka yang ingin menyumbang kepada masyarakat tetapi tidak tahu cara dan di mana untuk bermula. Dengan inisiatif #PenyalaHarapan, AIA PUBLIC Takaful berharap dapat membantu kanak-kanak ini mencapai impian mereka supaya mereka boleh hidup lebih Sihat, Berpanjangan, dan Bermakna.