Nyanyi di bawah rumah, ramai sayu kenang Hafiz Suip pernah di pentas gah

Music
19 Jun 2024 • 4:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Ramai sayu kenang Hafiz Suip pernah di pentas gah apabila tular video dia menyanyi lagu hits miliknya, Ku Akui di bawah rumah.

Karaoke lagu sendiri

Dalam video yang dikongsi pemilik akaun TikTok, arechailee77, Hafiz yang memakai T-shirt biasa dan berkopiah berkaraoke dengan menyanyikan lagu terbabit dengan penuh penghayatan.

“Jika dapatku mengulangiPerjalanan cintaku bersamamu lagiAkan ku jagaSebaik baik cinta ini wow”

“Kini ku rasa kehilanganKu sedar betapa pentingnya kau disisi….” antara lirik dinyanyikan Hafiz.

Sayu kenang Hafiz Suip pernah di pentas gah

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana mengagumi suara pemegang Anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-25,26,27 dan 34.

Ada juga di antara mereka mengakui sayu melihat Hafiz yang satu ketika dahulu pernah berada di pentas gah dan mengecapi kegemilangan dengan deretan lagu popular, namun kini memilih untuk tidak begitu menonjol di industri hiburan.

image is not available

Sayu kenang Hafiz Suip, harap buat comeback kembali

Walau bagaimanapun, para peminatnya masih lagi berharap supaya pemilik nama sebenar, Mohd Hafiz bin Mohd Suip, 34 untuk kembali bangkit dan mewarnai dunia tarik suara seperti sebelum ini kerana dia mempunyai bakat yang cukup berharga.

image is not available

Lagu kegemaran dari dulu

image is not available

Semoga kembali ke arena muzik, kami menunggu

image is not available

Terdahulu, ‘kehilangan’ Hafiz Suip di Instagram menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi ada dakwaan bahawa rumah tangga yang dibina bersama Nureffy Jesreel Abdullah sedang bermasalah.

Namun, penyanyi kelahiran Sarawak terbabit tidak memberikan sebarang komen dan hanya berkongsi kehidupan sehariannya di platform TikTok dengan meyatakan lebih seronok menggunakan media sosial berkenaan.

Sumber: TikTok arechailee77