Nyanyi di konsert luar negara, Ubai baru sedar Shila Amzah superstar!

Music
18 Feb 2024 • 1:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ubai baru sedar Shila Amzah superstar

Pempengaruh media sosial, Ubai baru sedar Shila Amzah superstar apabila mengikuti isterinya yang menjayakan persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Macao setelah melihat konsert tersebut dipenuhi dengan penonton.

Ikut isteri adakan persembahan di Macao

Dia yang terkejut dengan situasi berkenaan telah berkongsi momen terbabit di media sosial dengan kapsyen mencuit hati di platform X termasuklah memuat naik rakaman sewaktu Shila sedang bernyanyi di pentas besar itu.

“Harini baru aku tahu, wife aku ni Big Superstarrrrr,” tulisnya.

Ubai baru sedar Shila Amzah superstar, lihat audience full house!

Ujarnya lagi, ini merupakan kali pertama dia mengikuti isteri mengadakan persembahan di luar negara dan memberitahu bahawa penyanyi lagu Memori Tercipta itu telah diiringi dengan pengawal peribadi memandangkan kehadirian penonton yang cukup ramai.

Tambah pemilik nama sebenar Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, konsert berkenaan telah diadakan di Macao manakala pada bulan Mac nanti, satu lagi konsert akan berlangsung di negara China pula.

“First time ikut wife perform dekat luar negara. Bodyguard ramai and audience full house mat. Harini concert di Macao, bulan 3 di China,” jelasnya.

Ubai baru sedar Shila Amzah superstar, netizen kata jiran bangsa Cina pun kenal

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata positif termasuklah mengakui bahawa Shila Amzah memang mempunyai ‘tempat’ di industri luar terutamanya negara China serta sekitarnya.

image is not available

Ubai baru sedar Shila Amzah superstar, boleh terus fokus market international

image is not available

Isteri kau Shila Amzah bang!

Mereka turut bergurau bertanyakan semula kepada Ubai adakah dia lupa bahawa isterinya merupakan penyanyi terkenal dan sudah menempah nama di dalam negara mahupun di luar negara.

image is not available

Kata dah minat dari kecil hehehe?

image is not available

Untuk rekod, Shila Amzah pernah memenangi pertandingan Asian Wave di Shanghai, China sekitar tahun 2012. Selepas itu, dia telah mendapat tempat ke-3 dalam program I Am A Singer 2014 di Changsa serta beberapa lagi penampilan di sana.

Karier nyanyiannya di China sememangnya sudah berkembang memandangkan dia juga fasih berbahasa Mandarin dan pastinya perkara itu menjadi salah satu faktor diterima di sana.

Sumber: X UbaiMZ