‘Nyanyi dulu tahun 2018, baru berlakon’ – Dai Fuad gerakkan TIP Band

EntertainmentMusic
28 Oct 2026 • 2:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Nyanyi dulu tahun 2018, baru berlakon’ – Dai Fuad gerakkan TIP Band

KUALA LUMPUR – Terkenal sebagai pelakon, siapa sangka Dai Fuad sebenarnya memulakan langkah dalam industri seni sebagai penyanyi sejak tahun 2018.

Kata pemilik nama lengkap Muhammad Fuad Abd. Rahman, 34, dia kini bergerak aktif bersama sebuah kumpulan muzik dinamakan TIP Band yang ditubuhkan pada 2023.

“Saya mula karier saya dengan menyanyi dulu sebenarnya pada 2018 kemudian barulah ke lakonan.

“Ketika itu, TIP Band belum ada lagi. TIP itu baru ada tiga tahun,“ katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis tayangan gala filem KUDRAT 1968: High Council, baru-baru ini.

Berkongsi cerita mengenai penubuhan kumpulan tersebut, pelakon drama Good Boys Go To Heaven itu mendedahkan mereka bermula atas inisiatif pemain gitar band berkenaan dan dibantu penyanyi Adi Priyo.

“Bukan keputusan saya (penubuhan TIP) tetapi itu adalah keputusan basis band yang menggabungkan beberapa individu.

“Yang membina band ini kekal hingga ke hari ini adalah dengan bantuan cikgu saya sendiri iaitu Adi Priyo.

“Dia adalah cikgu serta mentor saya dalam bidang nyanyian dan membantu mencorakkan lagi band kami ini,” jelasnya.

Menceritakan lanjut, Dai Fuad memaklumkan mereka sudah melancarkan lagu Ratnaku dan mendapat sambutan hangat daripada pendengar.

“Saya dan TIP baru rilis lagu Ratnaku yang dihasilkan Datuk M. Nasir dan dinyanyikan abang Roy namun diberi nafas baru oleh Adi Priyo.

“Alhamdulillah sejak beberapa hari dikeluarkan, lagu tersebut mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan baik,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia percaya penglibatannya dalam filem baharu turut membawa rezeki serta tuah buat kerjaya nyanyian kumpulannya.

“Saya percaya semua datang juga daripada berkat KUDRAT 1968.

“Jadi, saya berharap agar TIP Band akan terus berkembang,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Dai Fuad bakal tampil menerusi filem KUDRAT 1968: High Council yang ditayangkan di pawagam bermula 29 Oktober depan.

Selain Dai Fuad, filem arahan Zulaikha Zakaria itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Chech Harith, Evertts Gomes dan Akmal Asyraf. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Nyanyi dulu tahun 2018, baru berlakon’ – Dai Fuad gerakkan TIP Band appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved