Nyaris ‘Accident’ Di Sejingkat, Netizen Berang Jalan Gelap Tanpa Lampu Jadi Punca

8 Dec 2022 • 12:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiang lampu tanpa lampu?

Nyaris ‘Accident’ Di Sejingkat, Netizen Berang Jalan Gelap Tanpa Lampu Jadi Punca. Tular baru-baru ini di Facebook apabila seorang demi seorang tampil mendedahkan keadaan sebenar jalan raya di sepanjang laluan ke Demak, Bako dan Sejingkat yang gelap gelita tanpa sebarang lampu jalan.

image is not available
Nyaris ‘Accident’ Di Sejingkat, Netizen Berang Jalan Gelap Tanpa Lampu Jadi Punca. Sumber: Abdul rashid

Terbaru, seorang pengguna jalan raya telah berkongsi satu kisah yang kurang enak didengar apabila beliau nyaris kemalangan melanggar seekor anjing.

Pengguna jalan raya turut berdepan risiko kemalangan jalan raya

Tambahnya, keadaan jalan yang gelap gelita tanpa sebarang lampu jalan itu telah menyukarkan beliau untuk memandu dan mengawasi kawasan sekeliling sehingga hampir melanggar seekor anjing.

Menerusi perkongsian beliau juga, beliau turut mendedahkan jumlah kemalangan di sekitar itu dikatakan meningkat saban hari dek kerana keadaan jalan di sekitar itu.

Lebih memburukan keadaan, dikatakan laluan itu juga menjadi laluan utama untuk kenderaan besar seperti lori.

Netizen seru pihak berkuasa atasi masalah ini dengan segera

Pastinya, dengan ketiadaan lampu jalan serta menjadi laluan utama untuk lori-lori besar, semestinya akan meningkatkan lagi risiko kemalangan jalan raya di sekitar itu.

Dengan itu, sejak dua menjak ini dilihat ramai netizen mula tampil mendedahkan perkara ini di media sosial.

image is not available

Masing-masing dilihat berang dengan keadaan ini dan mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera. Tambah mereka, tindakan yang diambil seperti membaiki lampu jalan di sekitar kawasan Sejingkat hendaklah dilaksanakan dengan segera.

Diarapkan pihak berkuasa segera menyelesaikan masalah ini memandangkan jumlah kemalangan di kawasan itu dikatakan meningkat hari demi hari.

View Original Article