Nyaris Dirempuh Lori, Axia Selamba Tukar Lorong Di Lampu Isyarat Undang Pelbagai Reaksi [Video]

LocalCars
18 Dec 2024 • 5:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap pengguna seringkali diingatkan agar sentiasa peka dan berhati-hati ketika berada di jalan raya.

Pun begitu, masih ada lagi segelintir individu khususnya pemandu yang degil dan bersikap mementingkan diri tanpa memikirkan pengguna jalan raya yang lain.

Kadangkala, golongan sebegini tidak sedar bahawa tindakan mereka itu sebenarnya berbahaya dan boleh menjadi punca perkara yang tidak diingini seperti kemalangan.

Pemandu Kereta Perodua Axia Tukar Lorong & Tak Bagi Signal

Itulah yang dilakukan oleh seorang pemandu kereta jenis Perodua Axia apabila dia dilihat dengan selamba menukar lorong ketika di persimpangan lampu isyarat berhampiran Hicom, Shah Alam walhal ketika itu ada sebuah lori yang sedang berada di lorong sama.

Sikap tidak bertanggungjawab itu dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna yang dipercayai merupakan pemandu lori di TikTok @khairul1987 yang berada di lorong tersebut.

Apa yang menjadi perhatian adalah pemandu kereta berwarna perak itu langsung tidak memberikan isyarat sebelum menukar kenderaannya ke lorong kedua dari kanan.

“Time ni memang aim lorong kosong belakang Myvi gold tu. Allah, tiba-tiba dia boleh pancung masuk. Nasib baik la lori kosong pakcik. Kalau ada isi tak tahulah,” tulis pengguna berkenaan.

Pemandu Lori Turun Bersemuka, Pemandu Axia Dakwa Lori Dipandu Laju Namun Akui Salah & Mohon Maaf

Geram dengan tindakan pemandu kereta terbabit, pengguna itu menerusi ruangan komen menjelaskan dia ada turun bersemuka dengan individu terbabit.

Jelas pengguna itu, pada mulanya pemandu kereta tersebut menyalahkan dia yang membawa lori dalam keadaan laju di persimpangan lampu isyarat.

Namun, pengguna itu menjelaskan sekiranya lori dipandu laju, dia tidak akan sempat memberhentikan kenderaannya itu.

Malah, dia turut mempersoalkan tindakan pemandu kereta itu yang tidak memberi signal sebelum menukar lorong.

Walau bagaimanapun, pemandu kereta itu didakwa telah memohon maaf atas perbuatannya itu.

image is not available

“Berderau darah. Mengigil kaki wei. Itu kalau kena tak tahu la, tekan berdiri brek,” tulis pengguna berkenaan menerusi ruangan kapsyen.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi, Ada Yang Backup Abang Lori & Perodua Axia

Video yang telah mendapat lebih 300,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri sebaik sahaja melihat rakaman insiden terbabit.

Ada yang berpendapat pemandu lori itu seharusnya memperlahankan kenderaannya sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat.

Namun, ada juga yang menyalahkan pemandu Perodua Axia itu yang dilihat masuk ke lorong sebelah tanpa memberi signal serta memikirkan orang lain.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Kalau Bolehla Kan, Lori Ni Banyak Masalah Brek, Kalau Boleh Dah Nampak Kawasan Lampu Isyarat Tu, Slowkan Kenderaan”

image is not available

“Yang Bawa Lori Je Faham Perasaan Susah Nak Break Lagi-Lagi Bawa Muatan Berat”

image is not available

“Malas Nak Layan, Kadang-Kadang lori Pun Sampai Simpang Baru Nak Berhenti”

image is not available

“Bukan Abang Je, Kami Penunggang Motor Banyak Jumpa Jenis Pemandu Macam Ni, Tukar Lorong & Bagi Signal Pakai Niat”

image is not available

“Bagi Hon Sampai Lampu Isyarat Tu Hijau Bang, Baru Dia Ada Akal”

image is not available

Source: