Nyaris Kena Langgar, Myvi Keluar Simpang Sesuka Hati Ini Bikin Netizen Panas

7 Nov 2022 • 6:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bahaya betul!

Nyaris Kena Langgar, Myvi Keluar Simpang Sesuka Hati Ini Bikin Netizen Panas. Bagaikan tiada undang-undang lagi di atas jalan raya, semakin hari semakin ramai pemandu tidak bertangunggjawab melanggar peraturan sesuka hati.

Menerusi video dikongsikan di Facebook Sarawak Roads Update pada hari ini, terdapat sebuah Myvi ini bertindak keluar daripada simpang sesuka hati sehingga hampir dilanggar oleh kenderaan lain di jalan raya tersebut.

image is not available
Nyaris Kena Langgar, Myvi Keluar Simpang Sesuka Hati Ini Bikin Netizen Panas. Gambar tangkap layar dari FB Sarawak Roads Update

Keluar dari simpang sesuka hati

Diambil daripada rakaman dashboard, Myvi tersebut dilihat keluar daripada simpang walaupun terdapat kenderaan yang sedang bergerak laju di jalan berkenaan.

Perbuatan ini bukan sahaja boleh membahayakan nyawa diri sendiri, malah nyawa orang lain di atas jalan raya berkenaan boleh terjejas juga!

image is not available
Gambar tangkap layar dari FB Sarawak Roads Update

image is not available
Gambar tangkap layar dari FB Sarawak Roads Update

Netizen rata-ratanya berasa panas hati

Di ruangan komen pula, rata-ratanya netizen berasa panas hati dengan kelakuan ‘selfish’ kenderaan Myvi tersebut keluar dari simpang sesuka hati.

Diharap agar video ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua agar sentiasa berhati-hati di jalan raya dan jadilah pengguna jalan yang berhemah dan bertanggungjawab.

Baca lagi cerita terkini di sini: