Pelancaran Huawei Mate X Ditangguh Lagi

TechnologyDigital
15 Aug 2019 • 6:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan masalah yang melanda Samsung Galaxy Fold, ramai menyangka Huawei Mate X akan menjadi peranti boleh lipat pertama dipasarkan. Namun begitu seperti Fold, sehingga kini Mate X masih belum dilancarkan walaupun pada awalnya menyasarkan bulan Julai 2019.

Terkini menurut laporan TechRadar yang melakukan lawatan media ke Shenzen, wakil Huawei kini mengatakan pelancaran Mate X ditangguh lagi dan tidak mungkin dipasarkan sebelum bulan November. Sebelum ini tarikh pelancaran dikatakan akan berlaku pada bulan September. Seperti Samsung, Huawei melakukan ujian ketahanan bagi mengelakkan masalah skrin yang berlaku pada Fold turut berlaku pada peranti mereka.

Dengan penangguhan ini Fold mungkin kembali akan menjadi peranti boleh lipat pertama dipasarkan secara besar-besaran. Samsung telah bersedia melancarkan semula peranti ini selepas melakukan penambahbaikan kepada rekaan. Malahan ura-ura yang kami dengari sendiri dari sumber dalaman mengatakan Fold akan memasuki pasaran Malaysia seawal penghujung September ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved