Seorang pekerja Nestle positif Covid-19

25 Mar 2020 • 12:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Nestle Malaysia memaklumkan seorang pekerjanya disahkan positif Covid-19.

Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini, pekerja berkenaan berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani rawatan.

"Sebaik sahaja kami mengetahui perkembangan ini, kami terus melaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Kawasan kerja telah dikosongkan dengan selamat dan kini kami meneruskan kerja pembasmian kuman serta melakukan sanitasi lengkap kawasan berkenaan.

"Kami juga telah memulakan pengesanan kontak terperinci, dan sesiapa yang mungkin berhubung langsung dengan pekerja yang dikuarantin itu diminta menjalani protokol saringan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan,” menurut kenyataan itu. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved