Guna AI, BDA bantu kawal penularan Covid-19: Dr Adham

LocalPolitics
24 Mar 2020 • 11:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersetuju untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan analisis data raya (BDA) dalam membantu mengawal penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, persetujuan itu diputuskan dalam satu mesyuarat kerjasama strategik membabitkan tiga kementerian itu bagi mengawal penularan wabak Covid-19 yang diadakan di ibu pejabat KKM di Putrajaya hari ini.

“Mesyuarat itu membincangkan perkara berkaitan penggunaan teknologi AI dan BDA berkaitan smart tracking dan keperluan dan perkongsian data dan kerjasama antara MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi centre for diagnostic screening, kajian epidemiologi dan kajian kesahihan drug malaria,” katanya menerusi catatan di laman Twitter rasminya @DrAdhamBaba hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Dr Adham, Menteri KKMM, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin.

Turut hadir ialah timbalan menteri bagi ketiga-tiga kementerian berkenaan, pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi, ahli akademik, serta pihak swasta. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved