Astro B.Yond dilancarkan sedekad yang lalu bagi menawarkan kandungan HD kepada pengguna. Kita di tahun 2019 dan akhirnya kotak TV Ultra Box pula ditawarkan oleh Astro bagi memaparkan kandungan pada resolusi 4K. Bermula hari ini, pengguna Ultra Box tidak akan lagi dapat menonton saluran pada resolusi Standard Definition (SD) sekiranya saluran yang sama ditawarkan pada resolusi HD.

Sebagai pengguna Astro kami menyambut baik tindakan ini kerana jika saluran SD terus ditawarkan bersama dengan saluran HD ia hanya menimbulkan kekeliruan. Memandangkan Ultra Box dipadankan dengan TV 4K UHD, menonton kandungan SD hanya akan menyakitkan mata. Senarai penuh 53 saluran SD yang dihentikan pada Ultra Box dengan saluran HD yang berkaitan adalah seperti di bawah.

