Xiaomi Mi 10 Lite 5G Diumumkan – Peranti 5G Dengan Cip Snapdragon 765G

TechnologyDigital
27 Mar 2020 • 10:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebentar tadi Xiaomi Mi 10 Lite telah dilancarkan secara rasmi bersama dengan Mi 10 dan Mi 10 Pro versi global. Peranti kelas pertengahan ini dilengkapi skrin 6.57-inci AMOLED FHD+ dengan pengimbas cap jari dalam skrin.

image is not available
Ini dijana oleh cip Snapdragon 765G, kamera utama 48-Megapixel dan bateri sebesar 4160 mAh. Bateri peranti walau bagaimanapun hanya menyokong pengecasan 20W menerusi port USB-C.

image is not available

Kamera utama yang adalah dari jenis kuad-kamera dalam susunan matrik 2×2 yang masih belum diumumkan konfigurasi lensanya pada majlis pelancaran. Perkara yang sama juga tidak diketahui mengenai kamera hadapan dan saiz RAM. Tetapi Xiaomi mengesahkan peranti ini akan ditawarkan dengan storan 64 dan 128GB. Di Eropah peranti 5G mampu milik ditawarkan pada harga bermula 349 Euro (~RM1665) bermula Mei hadapan.

Sedang dikemaskini.