Berita terhangat hari ini ialah bandaraya Wuhan dikuarantin oleh pihak berkuasa China selepas wabak koronavirus dikesan. Setakat ini di China sahaja 17 kes kematian telah dilaporkan dengan 900 mangsa dijangkiti. Lebih membimbangkan wabak ini telah merebak ke Amerika Syarikat. Thailand, Taiwan dan Jepun. Selepas melakukan ujian genom RNA virus, ahli saintis kini percaya sumber virus ini dari ular.

Dua wabak koronavirus sebelum ini, SAR dan MERS masing-masing didapati berasal dari kucing civet dan unta. Kajian yang lebih mendalam akan dilakukan bagi mencari spesis ular yang menyebarkan 2019-nCoV.
Keputusan kajian ini telah diterbitkan di The Journal of Medical Virology


