OBK: PGA catat nilai rampasan lebih RM10.6 juta dalam tempoh kurang sebulan

26 Jul 2022 • 9:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Operasi diberi nama ‘Operasi Bersepadu Khazanah’ (OBK) yang diketuai Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah mencapai kejayaan besar dengan nilai rampasan berjumlah RM10,616,969 dalam tempoh kurang sebulan.

OBK dilaksanakan di darat dan perairan mulai 16 Jun hingga 30 Jun tahun ini di hutan seluruh negeri Sabah melibatkan polis, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Taman –Taman Sabah dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Dato’ Seri Hazani Ghazali dalam sidang media selepas perasmian penutupan OBK siri 2/2022 berkata operasi itu dijalankan dengan cemerlang.