“Obvious Sangat..” – Bakal Debut Tak Lama Lagi, BADVILLAIN Dituduh Tiru Konsep BABYMONSTER?

Music
29 May 2024 • 3:32 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

BADVILLAIN akan melakukan kemunculan sulung mereka tak lama lagi.

Terkini, tular di media sosial selepas peminat mula perasan terdapat banyak persamaan diantara konsep BADVILLAIN dan BABYMONSTER.

Bermula dari penggunaan warna, muzik yang digunakan dalam video teaser, logo dan baju yang dipakai, semuanya mengingatkan peminat kepada BABYMONSTER.

Disebabkan ini, muncul tuduhan yang mendakwa bahawa BPM Entertainment telah meniru konsep yang dibawa oleh kumpulan YG itu.

Namun begitu, peminat BADVILLAIN telah membantah dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa skema hitam dan merah itu telah lama digunakan oleh artis di bawah naungan BPM.

Manakala, baju yang dikatakan sama seperti baju BABYMONSTER itu pula merupakan pakaian yang kini sedang menjadi trend fesyen terkini.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article