OCBC Bank sedia bantuan mengenai pinjaman kepada pelanggan terjejas kebakaran di Putra Heights

LocalBusiness & Finance
4 Apr 2025 • 6:51 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: OCBC Bank (Malaysia) Bhd bersama-sama anak syarikat perbankan Islamnya OCBC Al-Amin Bank Bhd meminta pelanggan yang terjejas akibat kebakaran di Putra Heights baru-baru ini untuk menghubungi bank berkenaan bagi mendapatkan bantuan atau penstrukturan semula pinjaman dan skim pembiayaan mereka.

Dalam kenyataan hari ini OCBC Bank berkata semua permohonan akan diutamakan dan diuruskan mengikut kes, dengan matlamat untuk mencari penyelesaian bersesuaian bagi setiap pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Chor Sen berkata bank berkenaan memfokuskan untuk membantu pelanggan yang terjejas dan meminta mereka untuk terus kuat dalam menempuhi tempoh yang sukar ini.

“Sebagai penyokong kepada pelanggan, kami bersedia membantu mana-mana individu atau perniagaan yang terjejas supaya dapat menyelesaikan isu pembayaran dengan tenang,” katanya.

Pelanggan individu boleh menghubungi bank di talian 03-8317 5011 manakala pelanggan perusahaan kecil dan sederhana serta dan perusahaan mikro di talian 03-8317 5200 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat daripada 9 pagi hingga 6 petang.